Tuesday, August 26, 2008

Hartawan tawar RM898,000 tebang pokok kurma

JEDDAH: Seorang hartawan dan pelabur Arab Saudi sanggup menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta riyal (RM898,000) kepada sesiapa yang dapat menebang sepohon kurma di luar pusat beli-belah yang dalam pembinaan, lapor akhbar Al Youm, semalam.

Tawaran itu bukan saja lumayan, tetapi juga menarik kerana ada kisah unik di sebalik misteri pokok kurma itu sendiri yang terus berdiri di tengah-tengah kawasan letak kereta pasar raya berkenaan.

Biarpun sepohon, pokok kurma itu bukan seperti pokok kurma lain kerana didakwa 'berpenghuni' atau menjadi rumah sekeluarga jin, sebagaimana didakwa beberapa guru agama yang dipanggil bagi membantu meleraikan halangan menumbangkan pohon itu.

Berikutan itu, semua usaha menebangnya, daripada cara tradisional menggunakan kapak, jentolak sehinggalah ke mesin gergaji, terbukti gagal menumbangkan pohon kurma itu.

Jentolak yang digunakan pula daripada yang kecil sehinggalah besar, tetapi masih gagal menyebabkan pengurus projek serta hartawan berkenaan, pening kepala.

Malah, jin berkenaan didakwa mengamuk dan mengganggu pengawal keselamatan yang bertugas di tingkat lain bangunan itu selain menjejaskan operasi pembinaan pusat beli-belah berkenaan.
Jin itu turut dikaitkan sebagai punca kematian seorang pekerja yang terjatuh daripada bangunan itu ketika bertugas.

Apa yang pasti, pohon kurma itu masih gagah berdiri dan tawaran ganjaran lumayan itu masih terbuka sehingga sekarang.

buah kurma sebahagian dari makanan itu sebab anda boleh baca artikel nie kat sini :kertas nasi bukan sekadar resepi kita kasitau semua yang kaitan.

2 comments:

Anonymous said...

biar betul satey arnab satey perut???..

Anonymous said...

satey arnab aku percaya..satey periut?..perut ape?ayam?..eeehehe