Showing posts with label Makanan Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Makanan Hari Raya. Show all posts

Tuesday, August 26, 2008

Raya dalam Suasana Sunyi Sepi

Luluh hati itulah akan dirasai oleh dua orang rakanku ( yang telah kompem) tak balik beraya
kat kampung tahun ni.....kerja punya pasal xdak dah sebab musabah lain..ape ape pun tahniah kerana tabah...

kalau aku berenti jer kerja balik raya pas raya cari kerja lain...hahaha

Bahan-bahan

250g ayam/daging
3 sudu besar gula
2 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan garam
1/2 sudu makan serbuk kunyit


Cara Membuat

1) Potong ayam/daging sebesar ibu jari.

2) Kemudian perap dengan bahan-bahan perapan selama 1 atau 2 jam.

3) Cucuk pada lidi satay dan bakar sehingga masak.


ataupun angkat tel dial no tel sarjan satey baung:dan tunggu delivery datang / pick up di rumah sarjen...hahaha
Sate:Berair alir liur di pagi Raya


Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.Diperap ngan "spesel" rempah dan rencah.

Konon sate dicipta oleh para pendatang Tionghoa yang menjual daging bakar di pinggir jalan. Kata sate bererti "tiga tingkat" (三疊) dalam dialek Amoy.

Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:

1. Sate arnab
2. Sate perut
3. Sate pedal
4. Sate kerang
5. Sate ikan
6. Sate ampai-ampai

Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate Kajang. Di Bayan Baru, Pulau Pinang ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di Ipoh, Muar dan Johor Bahru.

Sate bukan menu makanan Melayu semata-mata. Sate turut popular di negara-negara Asia Tenggara lain. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Guyana ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar.

Kita sedia maklum ramai orang Indonesia dibawa oleh penjajah Belanda ke Guyana untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate di benua Amerika Selatan.

Di Malaysia sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi perniagaan beliau adalah jenis perniagaan bergerak ataupun peniaga kandar. Ini merujuk kepada dua bekas yang dikandar oleh peniaga. Gambaran mengenai peniaga sate yang mengandar barang jualannya boleh dilihat di dalam filem Pontianak Gua Musang.

Anak saudara Haji Tasmin telah mengkomersilkan sate Kajang ini. Jika dahulu sate dimakan di tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate dijual dibangunan yang lebih mewah dan standard. Cara hidangan, lokasi, menu air, menu sate turut berubah sesuai dengan perubahan zaman.

Penerbangan Malaysia dan Singapore Airlines menjadikan sate sebagai menu pembuka selera untuk penumpang kelas Pertama dan kelas Bisnes masing-masing.

walaup dimana sekalipun raya tetap mahu ada sate atas buffet meja kan...

Monday, August 25, 2008

Haha..ini Peberet nie di hari raya nie ..






Roti Jala:
bukan Jala Mas

Roti jala merupakan makananan kegemaran di Malaysia, dan juga di negara-negara ASEAN. Roti Jala adalah sejenis hidangan berbentuk jala. Roti jala dimakan bersama kuah. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.

Roti Jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Roti jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.

Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (popular di negeri-negeri pantai timur), dan kuah gulai, terutama gulai ayam (popular di pantai barat.)

p/s :die kena makan ngan Kuzi Ayam baru naik 'sheik' /'mari angin'...

Resepi Roti Jala:

Bahan - Bahan:

1. 1 kilo tepung gandum
2. 2 biji telur ayam
3. 1 tin susu cair Carnation 1 sudu marjerin
4. Sedikit garam
5. Setitik pewarna kuning

Cara - Cara :

Bancuh tepung bersama susu cair, garam, mentega dan telur. Apabila sudah sebati letakkan pewarna. Adunan tersebut mesti agak cair agar mudah dijalin. Anda juga boleh menapis adunan tersebut bagi memastikan ia tidak berketul dan menyumbat bekas jalinan. Setelah sebati, panaskan kuali yang rata dan sapukan sedikit minyak.

Masukkan adunan cair tersebut kedalam bekas penjalin, atau gunakan plastik yang ditebuk lubang kecil dan kemudian kemudian layangkan tepung yang telah cair keatas kuali rata tersebut.

Kemudian setelah selesai angkat dan bolehlah di gulong segi empat atau dilipat segi tiga.

Sebab Ramadhan nak Sampai,Syawal Menjelma .

Kita kupas makanan kaitan beraya nanti.kita mula dengan ketupat 3 bucu.



Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras atau padi. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.



Ketupat palas

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.

Sejak 1990, ketupat tidak lagi dibuat daripada daun kelapa, sebaliknya dibungkus dalam plastik dan dikukus dalam periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah.

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang.